which is our newborn glow.
CLINIQUE, oleh Estee Lauder Malaysia Sdn. Bhd. (selepas ini dirujuk sebagai “kami”) mengumpul maklumat peribadi tentang anda. Maklumat peribadi yang kami mengumpul termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, alamat, alamat e-mel, tarikh lahir, nombor-nombor telefon, nombor kad pengenalan, bangsa, jantina, bahasa, pilihan saluran komunikasi dan/atau data kesihatan (contohnya jenis kulit, keadaan-keadaan kulit (sensitif atau alahan) dan perubatan untuk yang sama, keprihatinan kulit, rejim jagaan kulit dan lain-lain) yang mungkin dianggap sebagai maklumat peribadi di bawah undang-undang yang terpakai (secara kolektif, “Maklumat”).
Maklumat anda boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk tanpa had, untuk berkomunikasi dengan anda, memberikan perkhidmatan kepada anda, memproses transaksi-transaksi bayaran anda, menjawab pertanyaan anda, mentadbir penyertaan anda dalam pertandingan-pertandingan, menjalankan aktiviti-aktiviti dalaman, dan/atau untuk tujuan-tujuan penyelidikan pasaran dan analisis trend.
Sekiranya diperlukan untuk apa-apa tujuan di atas, kami mungkin akan mendedahkan Maklumat anda kepada anggota sekutu kami, pemegang lesen kami, rakan usaha sama dan/atau pembekal perkhidmatan, yang mungkin berada di luar Malaysia.
Anda boleh meminta untuk mendapatkan akses kepada atau pembetulan Maklumat anda atau menghadkan pemprosesan Maklumat anda pada bila-bila masa selepas ini dengan menyerahkan permintaan sedemikian kepada kami melalui e-mel di info@clinique.com.my atau telefon di 603-2092 6000. Sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan Maklumat anda harus juga diserahkan kepada kami dalam cara ini.
Untuk memproses Maklumat anda, kami perlu memperolehi kebenaran anda. Sila ambil perhatian bahawa, sekiranya tiada sebarang kebenaran daripada pihak anda, kami tidak boleh mengumpul atau menggunakan Maklumat anda dan tidak boleh membekalkan anda dengan kesemua perkhidmatan kami seperti yang diterangkan di atas.
Jika anda berumur bawah 18 tahun, sila dapatkan keizinan ibubapa/penjaga sah anda.